Salah Menyalah
ermm pagi tadi bukak mel..tertarik dgn artikel yang telah di fdorwardkan kt aku
ni aku petik utk tatapan semua..insyaAllah
Berikut adalah Motivasi Mutiara DD pada 7 Disember 2004, hari Selasa jam 7.30 pagi di Radio Malaysia Pulau Pinang.
BANGAU OH BANGAU
Assalamualaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat RMPP yang dimuliakan. Mari kita sama-sama menghayati lirik lagu yang menarik bagi saya. Anda dengar lirik lagi ini. Oh bangau Oh bangau mengapa engkau kurus. Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul. Oh ikan Oh ikan kenapa tak mahu timbul. Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat. Oh rumput Oh rumput kenapa panjang sangat. Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku. Oh kerbau Oh kerbau kenapa tak makan rumput. Macam mana aku nak makan perut aku sakit. Begitulah seterusnya. Mesej yang menonjol dari lagu ini ialah apabila masalah timbul setiap pihak akan mencari alasan dan juga bertindak untuk menyalahkan orang lain. Bangau menyalahkan ikan. Ikan menyalahkan rumput.
Rumput menyalahkan kerbau dan begitulah seterusnya. Sikap cepat menyalahkan orang lain tanpa usul periksa merupakan satu budaya yang keji. Sebenarnya jika umat islam dan orang melayu secara umumnya hendak berjaya, mereka perlu berani menyalahkan diri sendiri diatas apa yang berlaku keatas diri mereka. Jika mereka asyik menyalahkan orang lain, asyik mencari alasan sudah pasti akhirnya mereka tidak akan menjadi golongan yang cemerlang. Bila kita perhatikan umat islam, mungkin fenomina Bangau Oh Bangau ini telah menjadi suatu budaya kepada kita. Bila umat islam ditimpa dengan tragedi, kita salahkan orang lain. Saya tidak mengatakan bahawa musuh-musuh islam tidak ada. Saya tidak mengatakan bahawa orang islam semata-mata perlu dipersalahkan berhubung dengan semua tragedi yang berlaku. Tidak !!!. Musuh-musuh islam memang berperanan dengan licik sekali untuk menghancurkan islam adan Allah telah menyatakan tentang perkara ini dibanyak tempat dalam Al-Quran.
Apa yang sebenarnya yang kita kena lakukan juga ialah melihat juga kesalahan kita sendiri, sebab kadangkala kita juga merupakan sebahagian dari masalah dan tragedi. Kita perlu mencari kesilapan kita. Perbaikki kesilapan kita. As-Sheikh Hasan An-Nadwi Dalam buku beliau yang terkenal bertajuk " Kerugian dunia kerana kemunduran umat islam ". Dalam buku itu beliau merumuskan sebab-sebab keruntuhan umat islam pada hari ini dan diantaranya kata beliau, para ilmuan islam gagal perkembanagkan ilmu. Ramai dari kalangan ilmuan islam bermula dari abad ke-17 masihi , ghairah membahaskan ilmu falsafah yang diasaskan olah bangsa Yunani. Mereka juga asyik berbicara tentang ruh, " wehdatul ujud " dan ranting-ranting islam. Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains dan teknologi langsung tidak di fokuskan, sedang di Barat ketika itu ledakkan ilmu sains dan teknologi berlaku dengan pesatnya. Akhirnya barat menguasai dunia islam yang sedang leka. Itu satu diantara punca kejatuhan umat islam mengikut pandangan As-Sheikh Hasan An-Nadwi.
Punca yang berikutnya kata beliau ialah timbulnya Bid'ah dan kesesatan dalam dunia islam. kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta syariat yang ditegakkan oleh nabi dikemudian harinya dicemari oleh pandangan serta amalan bid'ah yang menyesatkan. Tokok tambah dalam agama tanpa berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi popular sehingga akhirnya ia berjaya memudarkan cahaya islam yang asli lagi murni. As-Sheikh Hasan An-Nadwi memberikan banyak lagi punca, tapi sata sekadar fokuskan 2 punca untuk kita sama-sama fikirkan iaitu kita umat islam telah meminggirkan ajaran islam yang asal yang dibawa oleh nabi. Kita wujudkan perkara yang tidak pernah diamalkan nabi dalam bab ibadah, syariat dan akidah sehingga lahir bid'ah dan kesesatan atas nama islam padahal ia bukan dari islam. lantas akhirnya pudarlah ajaran islam yang asli lagi murni. Bila itu berlaku Allah timpakan bala kepada kita. Punca yang lagi satu kata as-Sheikh Hasan An-Nadwi ialah umat islam asyik bercakap tentang perkara ranting berhubung agama. Usallinya, cara selawatnya, bertengkar tentang tarawih 8 atau 20 rakaat.Tidak habis dengan isu itu sehingga akhirnya kita melupakan ilmu-ilmu yang penting seperti sains dan teknologi. Lantas itu muhasabah untuk diri kita. Bila kita melihat kelemahan yang kita sebutkan tadi, kita perbaikinya dan jangan jadi seperti golongan yang membudayakan konsep Bangau Oh Bangau.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home